GASING
GASING
(SEJARAH)
Asal perkataan "Gasing"
Merujuk hasil carian dan kajian saya , gasing berasal daripada permainan memusing buah berembang. Buah berembang berbentuk bulat, licin dan agak leper. Buah yang mudah ditemui di pesisir pantai ini selalu digunakan oleh ahli silat sebagai satu latihan untuk menguatkan tangan.
Buah berembang ini juga dijadikan sebagai permainan. Dalam permainan buah berembang, buah ini akan dipusingkan dengan menggunakan tangan. Buah berembang yang berpusing paling lama dan paling ligat dikira paling gah dan pemusingnya dianggap sebagai pemenang.
Gasing dicipta berdasarkan bentuk buah berembang. Perkataan gasing berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu ‘gah berpusing’. Gah dalam istilah permainan gasing bermaksud berpusing dengan ligat dan tegak.

Struktur Gasing
Gasing memiliki tiga bahagian utama iaitu kepala, badan dan buritan gasing. Terdapat sedikit lekukan di bahagian bawah kepala gasing dan bahagian ini dipanggil leher gasing. Gunanya adalah untuk melilit tali gasing. Paksi diletakkan di bagian buritan gasing untuk menjaga keseimbangan putaran gasing di atas lantai.
Bahan Buatan Gasing
Pada masa kini terdapat gasing yang dibuat dengan menggunakan paku dan bahan plastik. Namun, gasing tradisional dibuat dengan menggunakan kayu. Kayu-kayu yang sering digunakan untk membuat gasing ialah dari jenis kayu merbau, leban tanduk , jeruk, bakau, kempas, kayu asam jawa dan yang lain-lain
Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan kedalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketikamelarik.Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkantimah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberatlima kilogram dan juga tak mudah serpih.

(CARA PEMBUATAN GASING)
Bahan : Kayu untuk buat gasing,Keranji Alat : Mesin Pelarik, parang, pengukir, gergaji
2. Setelah berbentuk gasing, kemudian dihaluskan.
Kayu sepanjang 50 cm, biasanya dapat menghasilkan tiga buah gasing
Kayu sepanjang 50 cm, biasanya dapat menghasilkan tiga buah gasing
3. Kemudian bahagian tengah gasing diberi kawat atau paku supaya putaran tahan lama, dan kekal dan di “ balancing “ dengan cara memutar gasing di atas sebuah papan.
Jenis-jenis dan bentuk-bentuk Gasing
Menurut kajian daripada Muhd Basyir, permainan gasing turut terdapat di negara-negara lain di Asia , Afrika serta Eropah.Selain itu, gasing-gasing di setiap negara tidaklah begitu serupa dari segi namanya, bentuknya, cara permainannya dan orang-orang yang memainkannya. Keadaan ini dikatakan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti penghijrahan, penjajahan dan perdagangan yang berlaku pada masa lalu.
Terdapat beberapa jenis gasing. Permainan gasing ini mempunyai bentuk dan fungsi yang berbeza:
Terdapat beberapa jenis gasing. Permainan gasing ini mempunyai bentuk dan fungsi yang berbeza:
Gasing Leper Kelantan Berbentuk leper dan rendah. Berat sekitar 8 kg. Lilitan 48 cm. Tinggi 6 cm. Gasing ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional kerana harganya sangat mahal. Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing lebih ligat dan lebih lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. |
Gasing Kuno atau Gasing Pangkah Gasing kuno yang berbentuk sederhana dan berimbang, beratnya 0.6 kg dengan diameter 30 cm dan tinggi 8 cm. Gasing jenis ini boleh ditemui di beberapa negeri di Malaysia, seperti Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor, Johor dan Kelantan. Struktur gasing ini merupakan bentuk lama seperti buah perepat yang hanya digunakan untuk permainan pangkah-memangkah dan dibuat daripada kayu merbau, keranji, meranti dan cengal. |
Peraturan Permainan Gasing
CARA BERMAIN Gasing di pegang di tangan kiri, tangan kanan memegang tali. Lilitkan tali pada gasing, mulai dari bagian kaki gasing atau paksi, sampai badan gasing. Lilit kuat sambil memutar gasing. Pada hitungan ke-3, semua anak melempar gasingnya ke tanah. Gasing yang dilempar akan berputar untuk beberapa saat hingga interaksi kakinya dengan permukaan tanah membuatnya tegak lalu berputar untuk beberapa waktu. Lama-lama putaran semakin memelan dan momentum sudut dan efek giroskopik berkurang, hingga akhirnya badan gasing jatuh ke permukaan tanah. Pemenangnya adalah anak yang gasingnya berputar paling lama.
Comments
Post a Comment