BALING SELIPAR




 BALING SELIPAR 

(SEJARAH)
-Permainan baling selipar merupakan salah satu permainan tradisional rakyat yang terkenal sejak zaman dulu lagi. Permainan ini juga turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti tuju kasut, tuju selipar dan tikam selipar. Pada zaman dahulu, permainan baling selipar sering dimainkan oleh anak-anak kecil di kampung-kampung. Kebiasaannya pada waktu senggang, kebanyakan kanak-kanak di sesebuah kejiranan akan berkumpul bagi memainkan permainan baling selipar ini. Pada zaman moden ini, permainan ini sering digantikan dengan permainan baling tin atau tuju tin.

Namun, penggunaan selipar dalam permainan ini masih dipraktikkan oleh sebilangan orang. Meskipun terdapat pelbagai kemajuan dalam teknologi terkini, sesetengah individu masih lagi mencari hiburan melalui permainan tradisional ini. Permainan baling selipar bagi mereka bukan sahaja menghiburkan, malah membantu dalam pengamalan gaya hidup sihat memandangkan permainan ini juga memerlukan tenaga yang banyak bagi memainkannya, berbanding permainan di dalam gadget-gadget elektronik yang semakin berleluasa pada masa kini yang tidak mengeluarkan walau setitik peluh. Selain itu, permainan baling selipar juga menggalakkan interaksi dan komunikasi antara satu sama lain, sekaligus mengeratkan hubungan sesama pemain.


(CARA PERMAINAN)
-1. Balingan
permain pertama akan membaling susunan selipar menggunakan selipar yang diberi. Sekiranya permain pertama tidak berjaya akan diikuti oleh permain lain sehinggalah habis permain dalam kumpulan tersebut. Setiap permain hanya diberikan sebanyak 3 kali percubaan.

Cara pemain membaling selipar. (Sumber : Google)
-2. Susunan Jatuh
Sekiranya balingan yang dibuat mengena pada selipar dan susunan jatuh, pihak lawan akan membaling kepada kumpulan permain yang membuat balingan tadi. Pihak yang membuat balingan tadi haruslah menyusun kembali susunan selipar tadi. Jika susunan tidak berjaya disusun kumpulan tersebut dikira kalah dan sekiranya berjaya, kumpulan tersebut akan membuat balingan kembali.

Susunan selipar dalam permainan baling selipar. (Sumber : Google)


-3. Pihak penjaga
Pihak ini akan diberi satu selipar untuk mematikan pihak lawan. Setiap ahli kumpulan tidak dibenarkan bergerak semasa membuat balingan. mereka perlu membuat asingan kepada kawan ataupun mebaling selipar ke arah ke depan dan selipar itu haruslah berada di tanah baru boleh bergerak. Jika mereka berjaya mematikan pihak lawan mereka akan menjadi pembaling pula.

Pihak Penjaga cuba mematikan pihak lawan (Sumber : Google)


-4. Jarak
Jarak antara pembaling dan susunan kasut adalah dalam lebih kurang 10 kaki.
 
Jarak antara pembaling dan susunan selipar (Sumber : Google)


(PERATURAN PERMAINAN)
  •  Permain tidak dibenarkan membuat balingan melebihi garisan yang diberikan.
  • Penjaga tidak dibenarkan mematikan selipar dengan mengejar pihak pembaling sambil membawa selipar. Selipar harus dibaling kepada rakan lain untuk mematikan permain.
  •  Penjaga juga tidak boleh merosakkan kembali selipar yang telah disusun oleh pembaling. 
  • Pemenang akan dikira kepada pasukan yang dapat meyusun banyak kali selipar.

(KEBAIKAN PERMAINAN BALING SELIPAR)


-Banyak kebaikan yang boleh diperolehi melalui permainan ini. Antaranya dari segi intelek, kita dapat melatih daya berfikir seperti cara-cara untuk membolosi serangan pihak lawan dan melontar dengan betul agar balingan tidak jauh tersasar. Selanjutnya, dapat mengasah pemikiran lebih kritis. Pemain perlu mengamati rentak permainan sambil menunggu peluang yang sesuai dan masa yang tepat untuk memulakan langkah. Kita juga dapat merangsang pemikiran kreatif dengan merancang pelan yang bagus, teknik-teknik menyusun selipar dengan lebih cepat dan stabil.
Dari segi sosioemosi pula, jalinan komunikasi dapat dibuat dengan berbincang mengenai mematuhi peraturan dan membentuk kerjasama. Sosioemosi juga dapat menggilap potensi kepimpinan. Selain itu, dapat mengaplikasikan nilai-nilai positif seperti bertoleransi, tolong-menolong, mendengar arahan dengan teliti, mempunyai sikap berdaya saing dan sikap berani mencuba.


Akhir sekali adalah, dari segi fizikal, kita dapat meningkatkan kemahiran mengelak, mengacah, berlari dan melompat. Tambahan pula, permainan baling selipar dapat mencergaskan tubuh badan kerana penjanaan kuasa diaktifkan sewaktu bergerak. Seterusnya, aktiviti tersebut membantu perkembangan tubuh badan melalui penggunaan tenaga yang optimum serta meningkatkan stamina dan keupayaan kardiovaskular.


(LANGKAH KESELAMATAM KETIKA BERMAIN)
-Memastikan bahan yang digunakan untuk membaling adalah bahan yang lembut.
-Had bahagian untuk melakukan untuk melakukan balingan adalah dibawah aras kepala pengadil berhak medenda pihak yang membaling dari segi mata.
-Dilarang sama sekali melakukan "body contact" sewaktu permainan dijalankan.




(VIDEO MENERANGKAN PERMAINAN BALING SELIPAR)




LINK-LINK MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI

  • https://zahirzainudin.blogspot.com/2016/01/permainan-baling-selipar-di-era-moden.html
  • http://adamaswat.weebly.com/baling-selipar2.html
  • http://ucebalingselipar.blogspot.com/2015/05/pengenalan-permainan-baling-selipar.html
  • https://anyflip.com/avzao/snpa/basic

Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan